Tentang Kami

MyEvape asalnya membuat flavor hanya untuk kegunaan sendiri. Bermula dari hujung tahun 2012, kami memulakan ujikaji sendiri membina flavor untuk vaping. Banyak yang kami pelajari. Beratus-ratus botol kami gunakan untuk menghasilkan flavor ecig yang terbaik.

Akhirnya flavor kami lahir pada Mar 2013. Sejak itu ramai kenalan meminta kami membuat secara komersial. Bermula dengan jenama MSO ELiquid, flavor kami mula mendapat perhatian. Pasarannya hanya di Mines Downtown. Kini kami mengorak langkah dengan menjenamai semula flavor ini sebagai MyEvape.

Kajian kami terhadap jenis-jenis flavor tetap diteruskan. Sehingga kini kami masih menguji beberapa jenis flavor dan akan kami keluarkan kemudian setelah kami berpuashati dengan rasa, asap dan juga campuran perasanya. Kualiti flavor tidak kami abaikan dan sentiasa kami tingkatkan. Sebagai contoh, ketika artikel ini kami tulis, kami hampir pasti untuk mengeluarkan flavor Pineapple terbaru kami, flavor dengan rasa yang diperbaiki dan diperbaharui agar lebih kaya dengan rasa nanas, juicy, lebih sedap, wangi dan juga mengekalkan kriteria asapnya.

Ada pelbagai jenis flavor yang sedang dalam ujian kami dan kini sedang dalam peringkat akhir ujian sebelum kami memperkenalkannya kepada anda.

Flavor kami juga dirumus khas dengan bahan-bahan Malaysia yang tidak diragui status halalnya. Kami tahu pelbagai produk dari luar di bawa masuk ke Malaysia. Tetapi apa yang penting selain rasa, bau dan asap, ialah status halalnya. Benarkah ia halal? Flavor MyEvape dibuat 100% menggunakan bahan-bahan tempatan, bahan-bahan Malaysia, oleh itu tidak diragui status halalnya.


No comments:

Post a Comment